November 20, 2007

Radang Paru-Paru

Radang Paru-Paru (Pneumonia)

Apakah itu Radang Paru-Paru ?

Radang paru-paru adalah di mana paru-paru menjadi radang akibat dijangkiti bakteria, virus atau kulat. Ketika sistem pertahanan tubuh cuba melawan jangkitan ini, cecair,kahak dan nanah mula berkumpul di dalam ruangan paru-paru. Apabila ini berlaku, keadaan lebih teruk akan berlaku.

Apakah yang menyebabkan Radang Paru-Paru ?

Penyakit ini boleh disebabkan samaada oleh bakteria seperti Streptococcus pneumoniae dan Mycoplasma pneumonia, virus sama yang menyebabkan selsema ataupun kulat. Ramai pesakit tidak tahu bagaimana dan bila dirinya boleh diserang radang paru-paru. Semasa sedang tidur, microorganism perosak yang berada di rongga pernafasan dan mulut ini boleh tersedut ke dalam paru-paru semasa bernafas. Udara tercemar dan udara dari penghawa dingin juga berkemungkinan besar mengandungi agen-agen jangkitan ini. Keadaan penyakit kronik seperti sakit jantung, penyakit-penyakit paru-paru dan yang lemah sistem imun akan memudahkan terkena jangkitan ini. Jangkitan boleh berlaku daripada titisan melalui bersin dan batuk individu yang dijangkiti.

Apakah simptom-simptom Radang Paru-Paru ?

Sesetengah pesakit tidak menunjukkan permulaan simptom yang cepat. Ada pesakit yang akan bermula dengan selsema dan sakit tekak biasa,namun selsema dan sakit tekak biasa akan pulih setelah beberapa hari.Selalunya, setelah jangkitan menjadi teruk, pesakit akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

  1. Demam yang kuat.
  2. Batuk dengan kahak yang hijau atau berdarah.
  3. Nafas menjadi pendek.
  4. Cepat letih.
  5. Sakit dada apabila menarik nafas dalam.
  6. Nafas yang tersekat-sekat.

Bagaimana Radang Paru-Paru didiagnosis ?

  1. Doktor mendengar rentak paru-paru menggunakan stethoscope bagi mengesan bunyi pernafasan tersekat dan bunyi bising dari paru-paru.
  2. Mengesan ketiadknormalan paru-paru melalui imej x-ray.
  3. Mengambil sample kahak untuk ujikaji makmal bagi mengesan punca jangkitan.
  4. Brochoscopy iaitu sejenis tiub kecil dimasukkan ke dalam rongga pernafasan bagi meninjau keadaan dalaman dan mengambil sample.

Apakah rawatan untuk Radang Paru-Paru ?

Radang paru-paru yang berpunca daripada bacteria boleh dirawat dengan berkesan dengan pelbagai antibiotik moden seperti penicillin dan amoxillin. Walaubagaimanapun, radang yang disebabkan oleh virus tidak berkesan dirawat menggunakan ubat antibiotik, malah ditakuti boleh menyebabkan resistan kepada bakteria-bakteria. Kebiasaanya ia diserahkan kepada sistem imun badan untuk mengurangkannya perlahan-lahan. Sekiranya timbul masalah akibat pengumpulan cecair berlebihan di dalam ruang paru-paru, doktor boleh menyedutnya keluar melalui jarum khas.

Apakah cara mengelakkan Radang Paru-Paru ?

  1. Sekarang sudah terdapat suntikan imunisasi bagi sesetengah jenis jangkitan radang paru-paru.
  2. Mengelakkan diri dari persekitaran udara yang kotor.
  3. Memperkuatkan sistem imun badan.

Tiada ulasan: