November 25, 2007

Masalah Anda, Respons Penulis

1.Taip dan hantar masalah anda.
2.Tunggu pihak penulis memberi pandangan.
3.Bantu dan beri pandangan kepada masalah kawan-kawan anda.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum

Saya ada masalah dengan kawan saya ni. Kami berdua kawan sebilik. Disebabkan sebilik saya tak kisah berkongsi barang bersama macam baju ke,makanan ke,sikat ke dan apa-apa lagi la. Masalahnya sekarang, kawan saya tu terlalu minat dengan barang-barang saya, sampaikan bila sampai masa saya nak pakai satu-satu benda tu, dia dah keluar pakai dulu. Dia sendiri malas pula nak beli kepunyaan sendiri.Kalau tegur nanti kecil hati pula. Macam mana ni ?

webmaster_fikri berkata...

Waalaikumsalam Budin,

Mungkin cara yang terbaik ialah anda cari masa yang sesuai (bukan dalam tekanan), dekati sahabat anda itu dengan cara yang hikmah dan peringatkan dia dengan cara yang berlapik maksudnya anda berbualdengannya seperti biasa, tetapi selitkan mesej anda secara tidak langsung.Perjelaskan bahawa anda perlukan barang tersebut pada waktu tertentu
- webmaster_fikri-

Tanpa Nama berkata...

Member yang asyik nak pinjam je tapi sendiri punya malas nak beli, sampai turn kita nak pakai pulak tak boleh..sorokkan je barang kau tu dalam almari, jangan letak kat luar Budin..

Tanpa Nama berkata...

Saya ada member sebilik la ni. Masalah dia ni suka sangat mencarut kuat-kuat dalam bilik...sampai satu blog asrama dengar. Tak sedap telinga saya mendengarnya. Rasanya dah jadi tabiat dia kot. Apa saya nak buat ?

webmaster_fikri berkata...

Kerabu...

Cara pertama, anda boleh buat tak tahu. Kedua, beredar dari situ. Ketiga, kalau berani, nasihat dia baik-baik.