November 21, 2007

Vitamin C

Vitamin C (Ascorbic Acid)

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air. Vitamin C tidak akan disimpan didalam badan seperti vitamin-vitamin lain kerana ia akan disingkirkan melalui kencing. Kadar pengambilan minimum yang disarankan bagi seorang dewasa adalah 90mg sehari.

Fungsi dan peranan:

  1. Mencegah dan melambatkan pembentukan sel-sel kanser.
  2. Meningkatkan kemampuan sistem imun badan.
  3. Membantu tindakan enzim dalam badan.
  4. Mencegah jangkitan saluran pernafasan (cth: selsema, pneumonia)
  5. Memelihara kesihatan collagen di dalam tisu badan (cth: penyembuhan luka)

Kesan sampingan: Pengambilan vitamin c secara terlalu berlebihan akan meninggikan asid urik dalam kencing menyebabkan kristal dalam kencing, cirit-birit dan batu karang.

Sumber semulajadi: Oren, limau, cili merah, tomato dan sayuran hijau.


Tiada ulasan: