November 22, 2007

Ketuat

Ketuat (Wart)

Apakah itu Ketuat ?

Ketuat atau di dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Wart adalah sejenis ketumbuhan yang kebiasaannya muncul pada permukaan kulit manusia. Walaupun ianya digelar ketumbuhan, ketuat adalah bersifat benign iaitu tidak merbahaya kerana ianya tidak berkembang menjadi kanser. Cuma apa yang merisaukan adalah apabila sesetengah ketuat tersebut akan menimbulkan rasa sakit apabila dikenakan tekanan dan yang paling teruk sekali ianya akan mencacatkan kecantikan permukaan kulit. Untuk mengenali ketuat amat mudah, ianya bersifat kasar apabila disentuh dan bentuk fizikalnya seakan-akan cauliflower iaitu bunga kobis. Ketuat juga kelihatan seperti bengkak pada permukaan kulit yang mengandungi isi.

Apakah yang menyebabkan Ketuat ?

Ketuat adalah disebabkan oleh kumpulan virus human papilloma (HPV). Kumpulan virus ini juga adalah yang bertanggungjawab menyebabkan berlakunya kanser serviks di kalangan wanita. Disebabkan ia adalah penyakit oleh jangkitan virus, maka ianya mudah berjangkit terutama sekali melalui sentuhan kulit yang terjangkit.

Apakah jenis-jenis Ketuat ?

Ketuat ada beberapa jenis dan setiap jenis dikelaskan berdasarkan sifat fizikal dan lokasi di mana ketuat itu tumbuh. Beberapa jenis ketuat yang biasa ditemui adalah:

  1. Plantar wart adalah ketuat yang kebiasaannya tumbuh pada permukaan telapak kaki dan asalnya bentuknya timbul dan keras, tetapi akibat tekanan berterusan apabila berdiri dan berjalan, ketuat itu seakan-akan tertetekan ke dalam permukaan kulit. Ketuat sebegini kebiasaanya berasa sakit.
  2. Common wart adalah katergori biasa, dan kebiasaannya tumbuh pada permukaan tangan dan ianya kelihatan buruk dilihat.
  3. Flat wart adalah ketuat kecil yang berebentuk leper dan kemerah-merahan yang biasanya terdapat pada kulit muka bahagian kelangkang dan kebiasannya tidak menyakitkan.

Apakah rawatan untuk Ketuat ?

Ketuat membahayakan nyawa si penghidapnya. Ianya boleh dirawat dan dikurangkan dengan beberapa cara:

  1. Salicylic acid adalah rawatan biasa yang umumnya digunakan untuk mengurangkan keadaan ketuat. Apabila salicylic acid disapukan pada permukaan ketuat, ia bertindak mengikis permukaan kasar ketuat yang timbul lapisan demi lapisan. Lama kelamaan pesakit akan dapat melihat permukaan ketuat itu putih akibat dikikis. Namun, penggunannya harus diperhatikan kerana mungkin menimbulkan alahan atau rengsaan pada kulit normal yang sensitif. Salicylic acid boleh didapati dalam bentuk losyen, plaster dan cecair di farmasi.
  2. Nitrogen cecair digunakan untuk membekukan ketuat dan mebiarkannya hilang sendiri ataupun doktor akan membuang ketuat tersebut melalui pembedahan kecil.
  3. Meningkatkan kemampuan sistem imum badan berkesan bagi merawat ketuat dan menghindarkannya daripada berlaku lagi. Cara yang disyorkan adalah dengan mengambil supplement Vitamin A, C, E dan Selenium kerana nutrient ini mampu memperkuatkan sistem imun badan melawan jangkitan dan juga menghalang proses pengoksidaan oleh radikal bebas yang merosakkan sel-sel normal badan.

Apakah cara mengelakkan Ketuat ?

  1. Menjaga kebersihan diri dengan mandi menggunakan sabun antiseptic, tidak berkongsi tuala atau pakaian dengan individu yang dijangkiti Ketuat.
  2. Mengamalkan pemakanan yang sihat terutama sekali buah-buahan dan sayuran dan juga mengambil supplement antioksida seperti Vitamin A, C, E dan Selenium.


Tiada ulasan: