November 25, 2007

Kanser Usus Besar

Kanser Usus Besar (Colorectal Cancer)

Apakah itu Kanser Usus Besar?

Kanser usus besar adalah di mana sel abnormal membiak tanpa kawalan berlaku di dinding dalam usus besar. Lokasi berlakunya kanser adalah di sepanjang usus bermula dari penghujung usus kecil, usus menaik, usus mendatar, usus menurun dan rectum. Tumor benign dalam usus iaitu polyps tidak merbahaya kepada nyawa, tetapi jika tidak dibuang, selama beberapa tahun ia berkemungkinan besar boleh berubah ciri menjadi tumor kanser. Tumor yang malignan di usus boleh terus membiak dan merebak ke bahagian badan yang lain seperti hati dan paru-paru. Sekiranya ini berlaku, keadaan akan menjadi agak serius.

Apakah yang merisikokan Kanser Usus Besar ?

Ada yang mengatakan risiko kanser usus besar dikaitkan dengan diet yang tidak sihat iaitu tabiat pengambilan lemak yang berlebihan, sejarah ahli keluarga yang ada kanser usus, polyps dalam usus dan radang usus (ulcerative colitis).

Apakah simptom-simptom Kanser Usus Besar?

Kanser yang tumbuh berterusan akan membentuk ketulan di dalam usus dan ini akan menyebabkan kesumbatan. Di antara simptom-simptom kanser usus besar adalah:

  1. Perubahan tabiat buang air besar
  2. Cirit-birit atau sembelit
  3. Bentuk najis menjadi sempit
  4. Najis berdarah atau berwarna hitam gelap
  5. Sakit di bahagian abdomen
  6. Kehilangan berat badan tanpa sebab

Bagaimana Kanser Usus Besar didiagnosis ?

  1. Enema cecair barium berwarna putih dimasukkan ke dalam anus ke saluran usus besar dan kemudian X-ray di bahagian salur pencernaan bawah diambil untuk mengesan sebarang ketidaknormalan.
  2. Colonoscopy iaitu sejenis tiub panjang berkamera dimasukkan ke dalam anus hingga ke penghujung usus kecil untuk melihat keadaan dinding usus besar.
  3. CT Scan

Apakah rawatan untuk Kanser Usus Besar?

  1. Pembedahan dilakukan dengan membuang bahagian usus yang diserang kanser dan mencantumkan semula bahagian yang sihat.
  2. Chemotherapy ialah penggunaan ubatan khas untuk membunuh sel-sel kanser bertujuan melambatkan perebakan kanser.
  3. Radiation Therapy adalah penggunaan sinar radioaktif untuk membunuh sel-sel kanser terutama sekali di bahagian rectum.

Apakah cara mengelakkan Kanser Usus Besar ?

  1. Mengesan kewujudan kanser usus di peringkat awal, pada peringkat pra kanser agar ketumbuhan yang ada boleh dibuang sebelum merebak ke lokasi lain.
  2. Memakan banyak serat untuk memelihara pembuangan air besar yang baik bagi menyingkirkan toksin yang berkumpul.


Tiada ulasan: